ABDUL HAKIM BIN ABDUL MALIK (A15PP0002)
Satu lawatan sambil belajar ke Training Welding Technology (TWI) yang terletak di Tampoi, Johor telah diadakan pada 28.10.2018 untuk mendedahkan kepada pelajar tentang pengetahuan dan merasai sendiri pengalaman melalui situasi sebenar untuk menegendalikan bahan dan peralatan berkaitan tajuk pemeriksaan kimpalan yang telah dipelajari di Universiti. Namun begitu, saya tidak dapat melibatkan diri dengan program ini kerana pulang ke kampung ketika hari lawatan disebabkan oleh kematian ahli keluarga.
Walaubagaimanapun, saya melibatkan diri di dalam aktiviti sebelum program bermula seperti berbincang ketika pemilihan ahli jawatankuasa, membantu setiausaha ketika menyiapkan proposal, membantu unit pengangkutan untuk memohon kelulusan sewaan bas universiti dan lain-lain lagi aktiviti untuk menjayakan program ini. Walaupun saya tidak melibatkan diri ketika hari lawatan, saya tetap mengambil tahu maklumat tentang lawatan daripada rakan-rakan yang terlibat ketika lawatan dan juga melalui gambar-gambar yang dikongsi oleh rakan-rakan ketika lawatan dijalankan.
Disamping itu, saya juga pernah terlibat dalam program lawatan ke TWI Shah Alam ketika menjadi guru pelatih. Oleh itu, secara kesimpulannya melalui maklumat daripada rakan-rakan dan pengalaman menyertai lawatan ke TWI Shah Alam, saya dapat merasai pengalaman melihat sendiri untuk melakukan ujian tanpa musnah seperti ujian dye penetration, ujian magnetic particle, ultrasonic dan radiographic test. Selain itu saya juga dapat melihat dan mempelajari dengan lebih dekat tentang kaedah-kaedah untuk mengendalikan mesin kimpal yang tiada di universiti, merasai sendir melihat bagaimana ujian musnah seperti ujian vicker, brinell dan lain-lain dilakukan.
Secara kesimpulannya, lawatan ini amat menambahkan pengetahuan saya tentang pemeriksaan kimpalan kerana peralatan di TWI yang ditunjukkan pada demonstrasi adalah lebih canggih dan tiada di universiti. Walaupun saya tidak melibatkan diri pada hari lawatan, saya turut dapat menambahkan pengetahuan saya melaui maklumat daripada rakan-rakan yang terlibat dalam lawatan, gambar-gambar yang diambil pada sesi lawatan dan pengalaman ketika menyertai lawatan ke TWI Shah Alam ketika menjadi guru pelatih.
MUHAMMAD JOHAN ISKANDAR BIN TUKIMAN @JOHARI (A15PP0060)
Welding Inspection Course merupakan kursus yang dilaksanakan bagi mendapatkan hasil sesebuah kimpalan itu berkeadaan sempurna dan tidak berlaku kecacatan. Dalam mencapai pengetahuan yang lebih lanjut terhadap pemeriksaan kimpalan ini, Saya Muhammad Johan Iskandar Bin Tukiman @ Johari dan rakan-rakan saya dari 4SPPJ bidang kimpalan seramai 13 orang telah menjalankan program di luar institusi pengajian Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program ini telah dijalankan di TWI - ABM Training and Certification, Johor Baharu Branch di Batu 3 Jalan Tampoi. Pada 28 Oktober yang lalu, program ini telah dijalankan dan program ini hanya berlangsung satu hari sahaja.
Sepanjang program lawatan ini, saya telah mempelajari berbagai pengetahuan yang baharu terutamanya mengendalikan peralatan pemeriksaan kimpalan seperti Non-Distructive Test (Dye Penetration Testing) dimana kami telah diajar langkah-langkah mengendalikan penyembur cat untuk mendapatkan kesan kecacatan pada permukaan kimpalan.
Apa yang dapat saya simpulkan, saya merasakan program lawatan ini banyak memberikan kesan yang mendalam terhadap pengetahuan dan kemahiran terhadap teknologi kimpalan. Dengan pendedahan terhadap TWI ini, peserta akan didedahkan terhadap perjalanan kerjaya kursus teknologi kimpalan. Oleh itu, saya mencadangkan pendedahan yang lebih mendalam terhadap Institusi, Dengan itu, skop pekerjaan bagi generasi yang akan datang dapat diperluaskan dan seterusnya dapat menjana pendapatan negara.
NOR AZILAH BINTI TANZIZI (A15PP0077)
Pelajar 4SPPJ yang mengikuti
kusrsus Pemeriksaan Kimpalan telah diberikan diberikan tugasan Oleh Dr Hazirah
untuk melakukan site visit di TWI_ABH JB. Kami dipertanggungjwab untuk membuat
kertas kerja untuk mengadakan lawatan ke TWI_ABM JB. Sebelum membuat kertas
kerja, kami telah memilih ahli jawatan kuasa dan pengarah untuk program tersebut. Setelah mendapat
persetujuan semua, carta organisasi telah terhasil. Saya dan Fatehah telah
memegang jawatan sebagai setiausa untuk program tersebut. Seterusnya, kami
berbincang untuk menentukan tarikh dan masa untuk program tersebut. Kemudian,
saya dan Fatehah telah membuat kertas kerja untuk program tersebut, dan meminta
kelulusan dari pihak falkulti.
Pada 28 Oktober2018, hari ahad kami
berkumpul di Fab 7.30 pagi untuk bertolak ke TWI_ABM JB. Kami sampai ke twi
pada pukul 8.30 pagi dan terus ke bahagian HR Department untuk bertemu dengan
Pn. Salmiah. Kami dibawa di bilik mesyuarat sementara menunggu Pn salmiah dan
En.Rafii untuk membimbing kami semesa lawatan di Twi. Seteruanya, kami
diserahkan kepada En Rafi untuk diberikan penerangan dengan lebih jelas
mengenai twi dan kursus yang dianjurkan di Twi ini. Dengan mengadakan lawatan ke twi, saya dapat
meilihat dan melakukan sendiri kaedah yang digunakan oleh welding inpection
untuk melakukan ujian terhadap kimpalan. Kami
diberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai ujian yang dilakukan
terhadap kimpalan dan jenis kerosakan atau defect yang terdapat pada
kimpalan. Antara ujian kimpalan yang terdapat di Twi ialah magnetic testing
(MT), Penetrant testing (PT, Radiography Testing(RT) dan sebagainya. Kami
diberikan pelung untuk melihat demostarsi bagaimana ujian MT dan Pt dilakukan.
Saya berpeluang untuk melakukan
demostrasi ujian PT dan saya dapat melihat dan memahami bagaimana cara dan
defect yang terdapat di kimpalan tersebut. Bayak pendedahan yang kami dapat
semasa di Twi. Terdapat pelbagai kursus yang boleh diambil di twi dan dapat
membantu kami semasa mengajar di Kolej Vokasional. Kemudian. Setelah habis
lawatan, kami diberikan tugasan untuk melakukan blog dan menerangkan
pengetahuan yang kami dapat semasa di TWI.
NURUL AINA FATIHAH BINTI EFFENDY (A15PP0114)
Pada 28 October 2018, saya dan rakan sekelas 4SPPJ (kimpalan) serta
seorang pensyarah pengiring telah melakukan program lawatan industri ke TWI-ABM
Training & Certifications SDN. BHD. di Jalan Tampoi, Johor Bahru. Lawatan
ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar bagi merasai sendiri
kaedah dan cara yang betul untuk melakukan pemeriksaan kimpalan. Selain itu,
tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman dengan
mengaitkan pembelajaran teori yang telah dipelajari.
Sebelum program bermula, kami telah mengadakan mesyuarat pemilihan ahli
jawatankuasa bagi lawatan industri ke TWI. Saya telah menawarkan diri untuk
menjadi bendahari bagi program lawatan industri ke TWI. Antara tugas yang telah
saya lakukan sebelum program ialah membuat belanjawan bagi
program lawatan industri ke TWI, memungut yuran kelas dan memastikan semua ahli membayar yuran
tersebut, mengagihkan wang kepada unit yang berkenaan mengikut perbelanjaan, menguruskan
kewangan masuk dan keluar dan memastikan setiap pembelian mempunyai resit bagi
pembuktian serta membuat pengiraan jumlah perbelanjaan dan jumlah
baki yang tinggal.
Semasa
program bermula, saya memastikan sumber
kewangan cukup untuk program selain menyediakan lebihan wang jika terdapat
sebarang masalah semasa program dijalankan dan membantu unit-unit yang
memerlukan pertolongan. Selepas program berakhir, saya telah menyusun segala
resit-resit pembelian, membuat
laporan penyata kewangan dan menghantar laporan penyata kewangan kepada
setiausaha.
Sepanjang program berlangsung, kami
telah dibimbing oleh En. Rafi iaitu salah seorang tenaga pengajar di TWI-ABM
Tampoi. Kami telah diberi penjelasan dengan lebih lanjut tentang penggunaan
Ujian Musnah (Destructive Test) dan Ujian Tanpa Musnah (Non Destructive Test)
yang telah dilaksanakan di industri. Selain itu, saya dan rakan-rakan juga
telah diberi peluang untuk melakukan aktiviti hands on bagi ujian tanpa musnah
iaitu Magnetic Testing dan Penetrant Testing. Kesimpulannya, program lawatan
industri ke TWI ini telah tamat dengan jayanya. Kami telah mendapat pelbagai
input yang berguna sepanjang lawatan ini dijalankan.
NURUL HAZIQAH BINTI HUZAIFAH (A15PP0116)
Sepanjang saya berada di TWI-ABM ini, saya berpeluang untuk mengetahui secara lebih dalam berkaitan dengan peluang kerjaya sebagai seorang welding inspector. Mungkin kalau saya tidak menjadi seorang guru, mungkin juga saya berpeluang untuk menjadi seorang welding inspector pada suatu hari nanti. Hal ini kerana saya telah didedahkan akan kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak TWI yang sedikit sebanyak memberi peluang kepada golongan belia di luar sana untuk terus berjaya dalam bidang tersebut.
Selain itu juga, saya juga berpeluang untuk melakukan ujian NDT MT ke atas specimen yang telah diberi untuk melihat kecacatan yang terhasil. Pengalaman ini sedikit sebanyak membuka mata saya dengan luas dan memberi kefahaman yang mendalam kerana saya juga pernah didedahkan ketika melakukan latihan mengajar tetapi tidak begitu faham sebenarnya. Dengan lawatan ini juga dan peluang yang diberikan, alhamdullilah saya telah memahami bagaimana NDT PT dan MT dilaksanakan dan teorinya.
Bagi saya, lawatan ini merupakan suatu peluang yang akan saya abadikan kerana ini juga mungkin akan membantu saya ketika menjadi seorang pensyarah di KV kelak untuk membuka mata para pelatih dalam haluan kerjaya sebagai seorang welding inspector atau mungkin juga saya boleh perolehi lesen tersebut untuk tambah nilai kebolehan saya.
0 comments:
Post a Comment