NON DESTRUCTIVE TESTING
-PENETRANT TESTING (PT)-
-PENETRANT TESTING (PT)-
- TUJUAN
- Penetrant Testing adalah salah satu kaedah ujian yang tidak merosakkan pada bahan di mana permukaannya tidak berliang. ianya digunakan untuk mengesan kerosakan di permukaan. Penggunaan Penetrant testing sangat luas, selain permukaan yang dikimpal pada bahan kerja, kaedah ujian ini juga dapat mengesan kerosakan retak yang terjadi pada komponen enjin seperti aci engkol, gear, dll.
- INFO
- Ujian ini menggunakan 'Capillary Concept' atau konsep kapilari
- Sifat kapilari yang digunakan ialah cecair tidak tebal dan mempunyai ketegangan permukaan yang kecil, yang biasanya berwarna sebagai penahan.
- Bahan ujian disembur dengan cecair ini, kerana sifat kapilarinya, cecair memasuki retak atau liang di permukaan bahan ujian sehingga bahagian terdalam.
- Selepas permukaan dibersihkan pengesan digunakan untuk menyerap penembus, supaya tanda-tanda yang kelihatan pada retak, retak atau liang kelihatan.
- Pemeriksaan penembus ini dilakukan untuk mengesan Defect pada permukaan dan boleh digunakan untuk bahan logam atau bukan logam (seramik dan plastic)
- ALAT DAN BAHAN
- Bahan Ujian
- Penetrant Remover
- Penetrant
- Developer
- berus
- kain
- PROSEDUR PENGUJIAN
- SEBELUM
- Persediaan permukaan : Membersihkan kotoran-kotoran yang ada di permukaan seperti habuk, sparter dan lain-lain
- persiapan alat : Menyediakan peralatan pengujian ( penetrant, penetrant remover, developer, kain dan berus)
2. SEMASA
- Pre-cleaning : bersihkan permukaan dengan menggunakan Penetrant Remover, lapkan permukaan tersebut sehingga betul-betul bersih. Jika permukaan tidak bersih ianya akan mrmberikan kesan pada defect
- Seterusnya, semburkan Penetrant, tetapi tidak secara langsung pada permukaan. Semburan Pnenetrat pada berus terlebih dahulu, kemudian sapukan berus pada kawasan kimpalan dan kawasan Heat Affected Zone (HAZ)
- Biarkan salam 2 masa ( 5-60 minit). Disni berlakunya 'Capillary action', seperti yang diterangkan diatas (info).
- Semburkan Penetrant Remover pada kain, kemudian lapkan pada kawasan yang tersebut sehingga bersih .
- Kemudian. goncangkan Developer dan semburkan pada kawasan tersebut secara nipis dan defect akan kelihatan pada permukaan kimpalan tersebut.
3. SELEPAS
- Defect yang kelihatan akan dikenalpasti jenis defect dan akan direkodkan untuk dijadikan laporan
- LAMPIRAN
![]() |
nie la bahan uji kaji kami...kami bukan uji besi tu na, kami uji tu kimpalan tuk kami tengak defect yang ada pada kimpalan tersebut…
|
Ujian nie kami nak bagitau dia boleh hangpa gunakan pada bahan forres atau bukan ferros..tu la salah satu kebaikan die daripada ujian megnetik. Ha, dalam ujian ini, ingat kami menggunakan konsep kapilari, kalo nak lebih mendalam hangpa kena baca la bab kapilari tu, kami kongsikan apa yang kami rasa perlu hangpa tau untuk Penetrant testing nie. Hangpa kalo ada ap-apa yag terkurang tolong tambahkan, apa yang salah tolong betulkan...Harap apa yang kami kongsi ini dapat memberikan pengetahan kepada kita semua...terima kasih naa sudi baca penulisan kami nie..sekian terima kasih..
0 comments:
Post a Comment