Trainig Welding Institue atau TWI adalah merupakan merupakan pusat latihan dan pensijilan dalam bidang pemeriksaan kimpalan, pemeriksaan loji, prosedur kimpalan, ujian tanpa musnah (NDT), pemeriksaan bawah air serta kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang bertaraf antarabangsa dan mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 1992, TWI melakukan banyak kerjasama dengan kerajaan Malaysia dan agensi swasta melalui pelbagai program CSR. TWI ini menyediakan perkhidmatan yang terbaik dari segi kuliah, kemudahan dan kualiti peralatan untuk proses latihan dan persijilan.
Sijil Yang Dikeluarkan Oleh TWI
Antara Kursus Yang Ditawarkan Di TWI
CSWIP sijil kimpalan bertaraf antarabangsa
CSWIP adalah peneraju utama dunia dalam pensijilan competence assurance yang disahkan oleh lebih 60000 pakar di seluruh dunia. Dengan adanya sijil CSWIP ini, ia menunjukkan bahawa role-specific competence telah disahkan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk orang yang terlibat dalam kerja-kerja kimpalan, integriti bahan dan pemeriksaan dalam pembuatan, pembinaan, operasi atau pembaikan struktur integriti, loji atau jentera yang tinggi. Selain itu juga skim persijilan CSWIP adalah diiktiraf UKAS kepada ISO / IEC 17024 iaitu piawaian antarabangsa untuk pensijilan.
0 comments:
Post a Comment